Cara-Cara Mudah Mendaftar Payment Gateway – Toyyib Pay

Cara Mudah Mendaftar Payment Gateway

Jika anda baru mula berjinak-jinak dengan perniagaan menggunakan platform online, benda yang WAJIB anda tahu ialah tentang payment gateway.

Payment gateway? Apa benda tu??? Nak kena ada pasport ke?”

Rilek, jangan panik. Bunyinya mungkin macam gempak dan terlalu advance untuk orang yang baru mula hendak belajar, tetapi, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami. 

Bayangkan, kebiasaannya transaksi jual-beli dan pembayaran secara fizikal dilakukan oleh juruwang, bukan? Bagi perniagaan online, payment gateway adalah teknologi yang digunakan untuk menguruskan pembayaran atas talian.

Ia menjadi platform yang mendaftar dan memindahkan data pembayaran dari pelanggan kepada peniaga secara online. Maka, memilih payment gateway yang tepat adalah satu keperluan.

Kandungan Konten

 Apa itu Toyyib Pay?

Salah satu payment gateway yang biasa digunakan rakyat Malaysia ialah Toyyib Pay. Apa itu Toyyib Pay, dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya untuk keperluan perniagaan anda?

Antara komponen utama Toyyib Pay sebagai payment gateway adalah menjadi platform memproses pembayaran, dan bertanggungjawab menghantar maklumat pelanggan kepada acquiring bank,  di mana transaksi pembayaran diproses.

Setelah transaksi jual beli dilakukan, acquirer akan memproses pembayaran untuk peniaga dan  akan mengajukan permintaan untuk memberi kuasa atas pembayaran tersebut.

Selanjutnya, acquirer akan menerima hasil transaksi samadanya transaki berjaya atau tidak. Sekiranya ditolak, maka peniaga akan mendapatkan notifikasi yang menyatakan sebab ditolak.

Jadi, dengan menggunakan Toyyib Pay, akan memastikan bayaran dari pelanggan sudah disahkan penerimaannya dan transaksi jual-beli berlaku dengan selamat.

Cara dan Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Dengan Toyyib Pay

Untuk menggunakan perkhidmatan Toyyib Pay ini, bukanlah memerlukan ilmu dan latar belakang IT atau yang serupa dengannya. Mudah sahaja mendaftar jika semua maklumat yang diperlukan sudah ada.

Berikut adalah cara-cara mudah untuk anda mendaftarkan diri menggunakan khidmat Toyyib Pay.

#1 Laman sesawang Toyyib Pay

Masuk ke laman sesawang Toyyib Pay di www.ToyyibPay.com. Setelah berjaya, akan ada butang Daftar sekarang untuk anda mulak pendaftaran. Klik pada kekunci tersebut.

#2 Maklumat Asas

Anda akan melihat borang pendaftaran untuk anda isikan bagi meneruskan pendaftaran.

Masukkan username pilihan anda, serta email yang anda gunakan untuk rekod dan  transaksi perniagaan anda. 

Langkah berikutnya, anda dikehendaki ruangan maklumat perniagaan anda. Masukkan nama yang bakal pelanggan anda lihat di ruangan maklumat pengguna serta nombor telefon anda.

#3 Pakej Pilihan

Seterusnya, pilih pakej yang sesuai untuk perniagaan anda.

Toyyib Pay menyediakan 2 jenis pakej iaitu Pakej Standard atau Kad Kredit. Bagi Pakej Standard, anda hanya dikenakan caj RM1 sahaja untuk sebarang transaksi perbankan online.

Manakala, bagi penerimaan bayaran melalui kredit kad pula, caj 2% dikenakan. Anda juga boleh memilih untuk tidak menggunakan kemudahan kad kredit.

#4 Maklumat Bank

Setelah memilih pakej yang bersesuaian, masukkan maklumat permbankan untuk kemudahan transaksi.

Pilih nama bank yang anda guna untuk perniagaan anda, masukkan nombor akaun dan maklumat pemegang akaun.

Maklumat untuk nombor pendaftaran syarikat adalah optional, jadi anda boleh memilih untuk tidak mengisikannya.

#5 Daftar

Akhir sekali, klik di ruangan verifikasi anda bukan robot, dan teruskan pendaftaran dengan klik butang Daftar.

Anda akan dibawa ke layar Pendaftaran Berjaya dan anda dikehendaki untuk memeriksa email anda bagi mengesahkan pendafaran dengan klik link pengesahan yang diberi di dalam email yang telah anda guna untuk pendaftaran.

 

 

 

 

 

Mengapa pilih Toyyib Pay?

Jika anda masih tertanya-tanya mengapa anda harus memilih Toyyib Pay sebagai payment gateway untuk transaksi perniagaan online anda, berikut adalah maklumat infografik untuk memudahkan dan meyakinkan pilihan anda.

 

  • Toyyib Pay tiada caj tersembunyi. Caj untuk Pakej Standard adalah RM1 bagi setiap transaksi.
  • Ia juga tiada had transaksi, jadi anda tak perlu risau tentang caj bayaran jika perniagaan anda laris dan perlu melakukan banyak transaksi.
  • Toyyib Pay menyediakan perkhidmatan yang mudah dan pantas.
  • Toyyib Pay juga tidak mengenakan caj atau sebrang yuran perkhidmatan.
  • Anda dan pelanggan anda tak perlu risau dengan perlindungan data dan maklumat sensitif seperti transaksi perbankan kerana ianya dijaga rapi.
  • Toyyib Pay menyediakan pelbagai kaedah penggunaan bagi kesesuaian aktiviti perniagaan anda.

 

 

Jadi, tunggu apa lagi? Semuanya di hujung jari anda,bagi memudahkan anda untuk menegembangkan perniagaan anda di dunia online. Daftarlah hari ini.

SHARE THIS ARTICLE

[Limited Offer] Tebus kupon istimewa untuk semua servis daripada moolahdesign.com sekarang!

tekan gambar dibawah👇