5 Kepentingan Packaging / Pembungkusan Produk Kepada Bisnes Anda

kepentingan packaging pembungkusan produk

Jika anda fikir pembungkusan produk atau packaging antara perkara terakhir yang perlu anda risaukan untuk memulakan sesuatubisnes, fikir semula!

 Pembungkusan produk, tak kiralah untuk makanan, kosmetik, barangan elektronik atau apa pun
juga aplikasinya, memainkan peranan penting dalam pemasaran produk, sekaligus kelangsungan dalam bisnes. 

Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang pembungkusan produk, Packaging 101

Di dalam artikel ini, anda akan pelajari  : 

Kandungan

Anda dah bersedia nak belajar?

Asas Pembungkusan Produk

Ramai antara para peniaga mengambil mudah perihal pembungkusan produk dan tidak meletakkan keutamaan padanya.

Pembungkusan produk (product packaging) adalah satu proses merekacipta, mengenalpasti, menganalisa dan menghasilkan bungkusan menarik untuk kegunaan perniagaan anda.

Penghasilan product packaging yang baik dapat menambah nilai sesuatu perniagaan.  Penghasilan bungkusan yang menarik dapat memberi kesan terhadap pengalaman pelanggan anda, terutamanya pelanggan yang pertama kali melanggan produk anda.

Rekacipta unik memberi identiti kepada jenama perniagaan anda serta pemilihan bahan yang sesuai memberi impak untuk kelangsungan bisnes anda terus berkembang.

Jadi, apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan pembungkusan produk yang terbaik untuk bisnes anda? 

1 Moolah Design

5 Faktor Pentingnya Pembungkusan Produk Untuk Bisnes Anda

Bagi memastikan pulangan yang besar tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk pembungkusan produk jualan anda. Namun, bukanlah bermakna anda boleh ambil sambil lewa perkara ini.

Pemilihan pembungkusan produk yang terbaik haruslah disertakan dengan timbang tara atas 5 perkara penting berikut:

#1 Perlindungan dan Keselamatan Produk

Tidak dinafikan, perkara utama perlunya kepada product packaging adalah bagi memastikan barangan anda dilindungi dan selamat dari bendasing yang boleh merosakkan konten jualan anda.

Pembungkusan produk melindungi barangan anda dari kerosakan semasa urusan logistik, pengeposan, penghantaran dan penyimpanan barang sebelum sampai kepada pelanggan.

Ia melindungi daripada kelembapan udara, cahaya, haba yang tinggi dan faktor-faktor luaran yang lain. Maka, pemilihan pembungkusan produk yang sesuai amat penting bagi menjamin produk anda sampai ke tangan pelanggan dengan selamat agar kedua-dua pihak (anda dan pelanggan) tidak rugi.

Bagi produk yang mempunyai tarikh tempoh tertentu seperti ubat-ubatan atau bahan makanan, pemilihan pembungkusan produk yang tepat penting bagi memastikan keselamatan produk itu seperti yang diiklankan. Pastikan pembungkusan produk anda tidak mendedahkan produk anda hingga boleh menjadi toksik atau beracun jika tidak dipilih dengan teliti.

#2 Perkongsian Maklumat

Peniaga sering terlepas pandang untuk memberi maklumat kritikal pada produk jualan. Pembungkusan produk yang baik mempunyai maklumat produk tersebur, sekali memberitahu pelanggan tentang isi kandungan barangan and kualiti produk anda. Ini pasti membantu menyakinkan pelanggan anda atas keberkesanan dan kesahihan produk jualan anda.

Namun begitu, perlu diingatkan agar anda tidak berlebih-lebihan dalam memberi maklumat pada bungkusan produk anda. Keep it simple, maklumat minimum tetapi penting sudah memadai untuk pembungkusan produk yang baik.

#3 Pengalaman Pelanggan

Banyak survey pelanggan yang dilakukan oleh syarikat konsultan perniagaan mengesahkan pengaruh pembungkusan produk yang berkait langsung dengan pengalaman pelanggan hingga memberi keyakinan kepada pelanggan untuk setia berurusan dengan sesuatu perniagaan.

Unboxing menjadi satu tarikan kepada pelanggan dan pengalaman unboxing ini pastinya memberi kesan yang mendalam apabila barangan yang dipesan sampai dengan pembungkusan produk yang menarik.

#4 Penjenamaan dan Pemasaran Produk

Walaupun umum bersetuju pada pepatah English, don’t judge a book by its cover, pembungkusan produk yang unik dan cantik menjadi antara faktor untuk menarik pelanggan membeli produk anda. Ramai pelanggan di luar sana yang mengambilkira faktor pembungkusan sebagai ciri-ciri yang dipertimbangkan di dalam membeli sesuatu produk.

Reka bentuk pembungkusan produk yang lain daripada lain, simple dan praktikal, pasti berjaya menambat hati ramai pelanggan atas dasar ‘premium dan eksklusif’. Malah, jangan terkejut jika ada pelanggan setia yang membeli sesuatu produk kerana ingin mengumpul bungkusan produk itu sebagai koleksi pribadi.

2 Moolah Design

#5 Penjagaan Alam Sejagat

Mungkin ramai peniaga yang tidak nampak betapa pentingnya pemilihan pembungkusan yang tepat untuk produk anda kepada alam sejagat. Sebenarnya, ramai pelanggan di luar sana yang cakna dan prihatin akan pentingnya memilih produk yang mempromosikan bungkusan yang boleh dipakai semula atau dikitar semula sebelum membuat pilihan dalam membeli suatu barangan.

Walaupun ia bukanlah satu faktor kritikal dan menjadi amalan rakyat Malaysia, inisiatif anda untuk memberi kesedaran kepada para pelanggan dengan mempromosi penjagaan alam sejagat pasti membuatkan ia satu tarikan unik buat perniagaan anda. Selain berjual beli, anda dan pelanggan anda sudah pun berjaya membantu menjaga alam yang kita warisi dari datuk moyang kita untuk kita serahkan kepada anak cucu kita.

 

Kesimpulan

Pembungkusan produk adalah antara faktor yang boleh memberi tambah nilai kepada sesuatu perniagaan.

Pemilihan pembungkusan produk bergantung kepada

  1. Kualiti bungkusan
  2. Maklumat yang berguna berkenaan produk, tetapi tidak terlalu padat
  3. Mengandungi peringatan kepada pelangan cara-cara penggunaan barangan
  4. Reka bentuk yang melambangkan identiti bisnes anda
  5. Unik dan menarik sehingga berjaya memukau pada pandangan pertama
  6. Pilihan corak dan warna yang bersesuaian dengan imej jenama anda.
  7. Pemilihan pembungkusan produk yang mempunyai visi dan prinsip kitar semula dan guna semula.

 

Jadi, mulakan perubahan dalam menaik taraf pembungkusan produk untuk kesinambungan bisnes anda hari ini.

Sebenarnya, ramai pelanggan di luar sana yang cakna dan prihatin akan pentingnya memilih produk yang mempromosikan bungkusan yang boleh dipakai semula atau dikitar semula sebelum membuat pilihan dalam membeli suatu barangan.

Walaupun ia bukanlah satu faktor kritikal dan menjadi amalan rakyat Malaysia, inisiatif anda untuk memberi kesedaran kepada para pelanggan dengan mempromosi penjagaan alam sejagat pasti membuatkan ia satu tarikan unik buat perniagaan anda. Selain berjual beli, anda dan pelanggan anda sudah pun berjaya membantu menjaga alam yang kita warisi dari datuk moyang kita untuk kita serahkan kepada anak cucu kita.

SHARE THIS ARTICLE