3 Langkah Mudah Untuk Daftar Perniagaan Di Malaysia Secara Online

langkah daftar perniagaan online

Saya mulakan artikel ini dengan sebuah kisah untuk anda renungkan:

Semenjak diberhentikan kerja waktu dua tahun lepas, Zahim cuba untuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak, hasil air tangan dia dan isteri. Alhamdulillah, perniagaan mereka di hujung simpang jalan itu, mampu menampung sarahidup sekeluarga sejak PKP 1.0. Hari ini, nasi lemaknya menjadi kegemaran penduduk setempat, malah ada yang datang luar dari kawasan perumahan mereka untuk membeli nasi lemak.

ns Moolah Design

Bulan lepas, Johan mendaftarkan perniagaan nasi lemak atas taliannya dengan nama ‘Nasi Lemak Zahim’ Johan tidak pernah ada kaitan dengan Zahim, dan nasi lemak yang dijualnya pun bukanlah diambil dari Zahim.

Dipendekkan cerita, ramai pelanggan yang hendak menikmati nasi lemak Zahim membuat pembelian daripada Johan. Pada pendapat anda, apakah yang boleh Zahim lakukan dalam situasi ini?

Cerita ringkas di atas bukanlah satu cerita rekaan, dan saya yakin pasti ada para pembaca yang mengalami perkara yang hampir serupa jalan ceritanya. Ini adalah antara sebab pentingnya anda mendaftarkan perniagaan anda.

Perkongsian artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang:

Table of Contents

Kenapa Perlu Daftar Perniagaan?

Tak kiralah perniagaan anda kecil-kecilan atau besar, di atas talian atau di kedai fizikal, pastikan anda mendaftar perniagaan anda pada pihak yang berwajib.

Antara sebab yang memerlukan untuk anda mendaftar perniagaan ialah:

  1. Membantu melindungi hak anda dan perniagaan anda dari segi undang-undang
  2. Memastikan reputasi perniagaan anda terjamin
  3. Membina keyakinan di kalangan pembekal dan para pelanggan
  4. Membenarkan anda melakukan marketing di semua platform pemasaran yang ada
  5. Membuka peluang lebih besar untuk berinteraksi dengan syarikat lebih besar dan mengembangkan perniagaan anda

Jadi, apa yang membuatkan anda untuk tidak mendaftar perniagaan anda hari ini?

Langkah-langkah Mudah Daftar Perniagaan
Secara Online

Di Malaysia, segala urusan pendaftaran diselenggarakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hendak mendaftarkan perniagaan sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Sebelum mendaftarkan, pastikan anda sudah pun mempunyai sekurang-kurangnya tiga nama pilihan untuk perniagaan anda. Ini akan memudahkan lagi proses pendaftaran.

Pendaftaran syarikat / perniagaan boleh dilakukan melalui dalam talian di Ezbiz Online atau terus di mana-mana kaunter SSM di Malaysia. Bagi pertama kali mendaftar untuk menggunakan website Ezbiz Online ini, anda dikehendaki mendaftar di kaunter SSM, dan memohon untuk memberi akses Ezbiz Online bagi memudahkan untuk anda memperbaharui atau mengemaskini maklumat perniagaan anda secara online.

Ini langkah-langkah mudah dan senang faham untuk anda gunakan sebagai panduan mendaftar perniagaan anda:

#Langkah 1 – Daftar sebagai Pengguna EZBIZ

Pergi ke portal www.ezbiz.ssm.com.my. Bagi yang pertama kali menggunakan website ini, anda dikehenadaki mendaftar sebab Pengguna Baru sebelum boleh menggunakan perkhidmatan online ini.

Tekan “ New User Registration” kemudian isikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti no MyKad dan nama seperti di dalam MyKad.

ns 1 Moolah Design

Kemudian, anda dikehendaki mengisi maklumat-maklumat lengkap seperti Username, Password dan alamat email serta maklumat lengkap tentang peribadi diri anda seperti alamat, nombor telefon, tarikh lahir dan sebagainya. 

1 Moolah Design

Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, tandakan √ sebagai pengesahan dan penerimaah syarat dan terma serta tekan butang ‘Save’

2 Moolah Design

Anda akan menerima email notifikasi dari Ezbiz sebagai proses pengesahan dan penerimaan pendaftaran akaun Ezbiz anda.

#Langkah 2 – Pengaktifan akaun Pengguna EZBIZ

Pengguna Ezbiz perlu mengesahkan maklumat dan data yang diberi sebagai proses pengaktifan akaun.

Untuk mengaktifkan akaun, ‘Sign In’ semula ke dalam portal Ezbiz dengan memasukkan Username, Password dan Kod Verifikasi di ruang skrin paparan.

Setelah berjaya, klik User Profile dan pilih User Verification Request seperti paparan berikut:

3 Moolah Design

Skrin akan memaparkan ruang untuk verifikasi dan klik pada butang “Add New”. Anda akan diminta untuk melampirkan dokumen-dokumen berikut (di dalam bentuk JPEG atau PDF dan tidak melebih 3mb) untuk proses verifikasi di ruangan yang disediakan:

  1. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang atau dokumen pengenalan sementara yang belum tamat tempoh (jika tiada kad pengenalan);
  2. Gambar yang jelas dengan sambil memegang kad pengenalan di paras leher; dan
  3. Dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri sebagai dokumen sokongan.
4 Moolah Design

Klik Submit dan anda akan dipaparkan dengan skrin notifikasi dari sistem yang pihak SSM akan menghubungi anda melalui panggilan video menggunakan aplikasi WhatsApp.

a Moolah Design

Anda haruslah terlebih dahulu membuat temu janji di dalam talian dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan untuk mengaktifkan akaun terlebih dahulu. Temujanji boleh dibuat dengan mengisi borang di link ini: https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Janji-Temu-Panggilan-Video.aspxhttps://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Janji-Temu-Panggilan-Video.aspx

b Moolah Design

Pastikan anda berpakaian sopan, bersedia mengikut temujanji yang ditempah, mempunyai dokumen-dokumen lengkap dan bersedia untuk panggilan video dengan Pihak SSM.

#Langkah 3 – Pendaftaran Perniagaan Baru Melalui EZBIZ

Setelah Sign In dengan menggunakan username dan password yang betul, klik pada ruangan ‘My Business Services’  dan pilih ‘New Business Registration’.

c Moolah Design

Isi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti:

1) Maklumat Utama

  • “Name Type” samada menggunakan nama perniagaan (Trade Name) atan nama sendiri (Personal Name)
  • Tarikh perniagaan bermula, dah tarikh perjanjian perkongsian, jika berkenaan
  • Pilih jangkamasa pendaftaran bermula dari 1 hingga 5 tahun.
  • Pada bahagian “Business Info”, pilih samada setuju untuk beli info perniagaan, atau tidak.
  • Status akan menunjukkan “DATA ENTRY”.
e Moolah Design

2) Maklumat lain yang berkenaan seperti:

  • Maklumat dan alamat cawangan
  • Jenis bisnes online atau tidak
  • Alamat perniagaan
  • Kod dan deskripsi perniagaan juga diperlukan dengan memilih kod yang disediakan oleh sistem

3) Maklumat pemilik bisnes

  • Klik ikon di “Action” untuk menyemak atau mengemaskini maklumat pemilik bisnes
f Moolah Design

Jika tiada apa-apa dokumen sokongan yang hendak dilampirkan, anda boleh menyemak dan terus membayar yuran yang ditetapkan pada ruang paparan ‘Fee & Declaration’. Semak bahagian bayaran dan tandakan √ di bahagian Deklarasi dan klik “Preview” untuk membuat semakan akhir.

 

Fi / bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti berikut:

 

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
g Moolah Design

Setelah selesai membuat semakan, klik butang “Submit Payment” untuk proses pembayaran dan pilih mod pembayaran yang berkenaan.

Mudahkan hendak mendaftar perniagaan? Jadi, apa anda tunggu lagi? FDaftarlah hari ini!

SHARE THIS ARTICLE