5 Cara Praktikal Memulakan Bisnes Online Dengan Betul

5 Cara Praktikal Memulakan Bisnes Online Dengan Betul Moolah Design

Bisnes online?

Ishh, boleh buat duit ke?

Tak kena scam ke nanti?

Ehhh!!!

Jangan main-main tau, bisnes online ni kalau korang serius boleh jana income berlipat kali ganda tau!

Tak percaya?

Meh duduk dekat sini, admin nak share dengan korang beberapa langkah ataupun cara yang korang boleh buat untuk memulakan bisnes online. Haaa, lepasni kalau income dah berkepuk jangan lupa admin pula tau! Dapat ‘toye aye’ satu mangkuk pun dah surrr!

HAHAHA, gurau jelah!

Kandungan Konten

Jadi apa itu bisnes online?

Secara peribadinya, ia adalah ‘bisnes orang tua’ yang di tambah rasa menjadi satu transformasi baharu menjadikan bisnes online sebagai ‘bisnes orang muda’. Tidak hairanlah kerana generasi masa kini tersangat laju dalam mendapatkan informasi dan mereka lebih tangkas dalam mengolah sesuatu perkara.

Contoh :

Daripada tengok kedai fizikal. Cuba transform ke online. Main channel di online. Sekiranya nak banyak kedai, buka saja banyak platform. Urus flatform tersebut. Buat aktiviti prospekting. Buat marketing

Contoh :

Daripada orang lama. Mereka dapatkan data pelanggan cara tradisional, orang muda tambah platform online untuk gandakan data pelanggan.

Tambah talent masuk department marketing. Done! Tak mampu? Pergi seminar. Beli buku. Dapatkan informasi…informasi ini penting untuk gerak kerja

Contoh lagi :

Daripada biasa closing face to face,

Nak transform ke online. Bagaimana?

Tambah knowledge saja.

Dapatkan informasi. Confirm boleh buat. Malah lebih lagi.

Apa yang mahu buat , kena cari orang yang boleh menyampaikan dengan baik. Sekiranya bisnes 5 tahun.

Cari orang niaga lebih 10 tahun, lebih 15 tahun. Bertanya. Minta nasihat.

Dengar, teliti.

TAPI SEBELUM TU KENA TAHU LANGKAH AWAL NAK MULAKAN BISNES ONLINE. MACAM MANA?

HAAA, SINI NAK CERITA..

  1. BUAT RESEARCH ONLINE

Ramai antara kita yang abaikan part buat research ni. Terburu-buru dalam memulakan bisnes tanpa knowledge dan research tentang kehendak pelanggan paling latest. Buat bakal business owner diluar sana, korang kena tahu, tersangatlah penting untuk korang tahu bisnes online apa yang sesuai dan apa yang sedang trending supaya bisnes tak ‘stuck’ dan modal burn macam tu je.

Kita semua tahu, keinginan pelanggan adalah berubah-ubah. So, bila buat research terlebih dahulu ianya akan dapat membantu kita untuk mengenal pasti bisnes terbaik untuk kita mulakan secara online.

Macam mana nak tahu produk in demand?

Haa, sini nak bagitahu korang boleh ke Google Trend  untuk tahu topik-topik hangat yang sedang diperkataan oleh masyarakat setempat.

Contohnya, admin try search ‘skincare’

Jadi ini adalah paparan bagi kata kunci ‘skincare’ sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat pemilihan produk skincare apa yang anda mahu bisneskan.

  1. MEMAHAMI KEHENDAK PELANGGAN

Ini pun antara langkah penting yang kita sering abaikan. Berapa ramai antara kita betul-betul serius dalam memgambil tahu kehendak pelanggan dan kepuasan jati dari pihak pelanggan kita?

Tidak dinafikan ye, masalah pelanggan semakin berkurang dan bisnes semakin merundum disebabkan sikap acuh tidak acuh business owner tentang khidmat pelanggan ye.

Ketidakpuasan hati pelanggan sewaktu transaksi atau selepas penjualan langsung tidak diambil pusing. Apa yang penting bagi mereka adalah barang terjual dan mereka mendapat hasil dari jualan tersebut.

Haaa, korang!

Jangan buat macam ni okay?

Tak elok!

Ini sikap buruk yang korang kena avoid jauh-jauh kalau nak bisnes korang bertahan lama. Lebih-lebih lagi bisnes online, nak bina trust bukan mudah.

Seterusnya, kehendak pelanggan yang bagaimana?

Baik sebagai seorang penjual yang baik, korang perlu kenalpasti masalah pelanggan dan bukan mainnn juuuuaaal je semua benda. TAK BOLEH!

Lagi-lagi kalau produk skincare yang macam admin search tadi.

Macam mana nak kenalpasti masalah pelanggan?

Jawapannya, korang kena study dulu produk yang korang jual.

Janganlah tersalah bagi produk, rosak muka pelanggan rosak jugaklah bisnes korang!

Jadi sangat-sangat penting ya, korang study produk korang and barulah boleh bagi suggestion kepada pelanggan. Tersilap bagi suggestion, habislah nyah!

Benda ni boleh bantu untuk bina TRUST pelanggan jugak tau!

Contoh:

Pelanggan A berpuas hati dengan khidmat yang korang berikan, secara tidak langsung diorang akan REPEAT beli lagi dengan korang. Takpun, diorang aka  suggestkan bisnes korang kepada kenalan mereka.

Di awal-awal permulaan bisnes, bina regular customer amat penting ya. Sebab regular customer inilah yang akan menjadi support utama bisnes korang dan regular customer inilah yang akan membeli korang disaat korang takde customer baru!

  1. KUMPUL DAN SIMPAN REKOD DATABASE

“DATABASE is  the biggest asset in business.”

Business owner kena tahu, menyimpan database customer seperti menyimpan EMAS.

Wahh! Bunyinya macam berharga bukan?

Ya, sudah tentu!

Orang akan bertukar-tukar nombor telefon dalam masa 10 tahun lamanya, tetapi tidak untuk alamat e-mel. Kalau korang perasan, e-mel ni orang guna lama! Takdenya nak tukar e-mel setahun sekali.

Sebab apa?

Sebab e-mel ni orang guna untuk benda-benda penting, kerja contohnya. So hilang e-mel, hilanglah juga data kerja. Kan?

So, korang wajib kumpul e-mel pelanggan okay?

Even nanti korang nak tukar bisnes pun no hal! Sebab database pelanggan korang masih simpan.

Nasihat admin, buat satu file guna Microsoft Excel untuk database ni and share kepada beberapa alamat e-mel korang supaya tak hilang!

  1. BUILD BUSINESS BLOG

Kalau korang tak perkukuhkan ilmu di dada tentang bisnes online ataupun korang tak berusaha mencari ilmu bisnes online, boleh jadi agak susah untuk korang mulakan bisnes online ini. Lebih-lebih lagi ilmu marketing.

Ilmu marketing ni luas dan teorinya sentiasa bertambah dari tahun ke tahun yang lain. Ada juga teori bisnes yang sudah lapuk, jadi pastikan korang sentiasa UP-TO-DATE untuk setiap jenis ilmu pemasaran online okay?

Oh ya, selain ilmu pemasaran korang mesti dah tahu kan yang bukanlah bisnes jika tiada modal. Ya, modal bisnes online ni bukan kaleng-kaleng juga kalau korang business owner. Pemasaran melalui ads pun sudah berapa, belum termasuk yang lain lagi.

Untuk menjimatkan bajet bisnes online korang, apa kata bina website ataupun blog bisnes korang sendiri!

Boleh pilih template dan design sendiri blog korang dengan https://moolahdesign.com/

Admin gerenti korang akan puas hati punyaa !!

Tak percaya?

Pergilah cuba !

  1. MASANYA UNTUK PROMOTEKAN BISNES KORANG !

“Do not put all of your eggs in one basket”

Bab ni korang kena fokus untuk  beberapa platform sosial media.

JANGAN fokus kepada satu media sosial sahaja!!

Sebab?

Sebab ada bakal pelanggan yang hanya ada Instagram, tetapi tiada akaun Facebook. Ada juga bakal pelanggan korang yang ada Facebook tetapi tiada Intagram.

Ada juga yang jenis ada semua, tetapi tiada akaun Tiktok.

Jadi, pelbagaikan akaun media sosial adalah keputusan terbaik. Selain daripada bakal pelanggan mudah untuk menghubungi anda, hal ini juga dapat mengelakkan pemalsuan akaun.

Contoh:

Bisnes korang hanya fokus kepada platform Instagram, tiba-tiba ada individu yang tidak bertanggungjawab create satu akaun Facebook menggunakan profile bisnes. Tidak ke naya macam tu. Kalau belum ada customer yang terkena masih okay, dibuatnya dah ada customer yang terkena dan mintak korang buat ganti rugi. Bukan customer je yang rugi, sekali-sekali dengan korang dapat masalah. Mana nak cari duit untuk ganti duit pelanggan yang ditipu, mana nak bersihkan nama bisnes korang. Silap haribulan kena mula dari ZERO balik!

Susahkan?

So, pelbagaikan platform bisnes korang.

Banyak platform pun mudah juga.

Zaman sekarang, zaman HACK.

Buatnya bangun pagi esok salah satu akaun bisnes korang lesapp, korang masih ada akaun media sosial untuk korang buat declaration sementara menunggu untuk bina semula akaun menggantikan akaun yang lesap, kan?

KESIMPULAN – CARA MUDAH BUAT DUIT DARI RUMAH DENGAN BISNES ONLINE

Tak rugi!

Sumpah tak rugi korang baca sampai habis artikel kalini.

JANGAN BACA JE TAU TAPI BUAT SEKARANG!

JANGAN TANGGUH-TANGGUH!

EHEMMM! Dah success buat duit jangan lupa admin tau!

OH YA,KALAU ADA APA-APA YANG KORANG TAK FAHAM BOLEH TERUS TINGGALKAN SOALAN KORANG DEKAT KOMEN TAU!

BYE KORANG,

JUMPA NEXT TIPS PULAK !

SHARE THIS ARTICLE