5 Cara Hasilkan Logo Terbaik dan Menarik 2023

logo terbaik dan menarik

Pernahkah anda melihat syarikat ternama yang tidak mempunyai logo? Tidak kiralah perniagaan kecil atau syarikat besar, logo adalah wajah dan identiti kepada sesebuah organisasi. Maka, adalah mustahil untuk suatu bisnes wujud tanpa logo.

Kandungan Konten

Hari ini, ada organisasi yang lebih dikenali hanya melalui logo oleh semua peringkat umur manusia, daripada pelbagai bangsa dan agama. Tunjuk sahaja logo McDonald yang hanya menggunakan huruf besar M berwarna kuning pasti sudah gembira anak-anak melihatnya penuh harapan.

Logo memberikan impak yang besar kepada sesebuah bisnes. Ia bukanlah satu kemahuan, tetapi sudah menjadi keperluan bagi sesiapa yang mahu memulakan bisnes.

Di dalam artikel ini, saya ingin berkongsi panduan mencipta dan memilih logo yang terbaik untuk bisnes anda.

Kenapa Bisnes Anda Perlu Ada Logo?

Logo adalah platform bagi sebuah organisasi berkomunikasi dengan orang awam. Logo mempamerkan status hakmilik, kualiti dan nilai yang dibawa oleh  sebuah organisasi atau bisnes.

Logo menjadi tarikan ‘pandang pertama’ untuk menggalakkan orang awam berinteraksi dengan sesebuah organisasi. Maka, adalah penting untuk anda menitikberatkan pemilihan logo yang terbaik untuk menarik bakal pelanggan yang ramai. 

Tips Memilih Logo Terbaik dan Menarik

Menjadi pemilik sebuah bisnes yang tiada pengalaman dalam seni reka kreatif dan pemasaran, bukanlah bermakna anda menyerahkan bulat-bulat tugas mencipta logo sepenuhnya kepada pereka seni grafik yang ada.

Logo menjadi lambang status yang lebih difahami oleh anda sendiri. Maka, anda lebih layak untuk memilih ciptaan logo terbaik untuk bisnes anda.

Sebagai panduan, mulakan pemilihan logo yang bersesuaian untuk bisnes anda dengan tips dan panduan berikut:

1. Simple dan sampai

Rekaan logo yang hebat terikat pada dua perkara: senang dan jelas. Dalam setiap pemilihan logo terbaik, berpeganglah pada prinsip less is more.

Anda mungkin akan mudah terbawa-bawa dengan kehendak yang menginkan semua konsep dan aspek bisnes anda dimasukkan di dalam rekaan logo bisnes anda. Percayalah, logo yang  simple selalunya lebih mudah menarik perhatian orang awam. Logo yang kompleks tidak melambangkan profesionalisme dan keyakinan serta boleh melahirkan kekeliruan.

2. Relevan dan profesional

Dalam memilih logo yang sesuai, letakkan bakal pelanggan anda sebagai asbab pilihan dibuat. Sentiasa cuba untuk ‘mengenali’ bakal pelanggan dan cara mereka berfikir, kerana tidak semuanya yang mampu berfikir seperti anda.

Logo yang terbaik bukan sekadar mempunyai rekabentuk yang cool. Pastikan ia juga relevan dan mampu memberi kesan kepada para pelanggan apabila organisasi anda mahupun pesaing di dalam industri anda disebut. Kenali pelanggan anda untuk membuat mereka ingin kenal lebih lagi tentang bisnes anda.

Pemilihan logo yang tepat dapat memupuk kredibiliti jenama dan meningkatkan profesionalisme dalam pemasaran bisnes anda.  

3. Versatiliti dalam kepelbagaian

Pastikan logo yang dipilih sesuai untuk pelbagai kegunaan. Versatiliti dalam rekaan logo adalah salah satu faktor penting bagi memudahkan urusan pemasaran.

Logo yang direka seharusnya sesuai dicetak dalam pelbagai saiz (besar atau kecil), tanpa mengganggu integriti dan maksud logo tersebut. Warna yang dipilih haruslah universal dan boleh digunakan dalam apa-apa latar belakang pun.

4. Unik, lain dari yang lain

Pantang-larang yang paling utama untuk dititikberatkan ialah meniru.

Jangan! Jangan! Jangan!

Membuat penyelidikan dan membandingkan logo-logo ternama dan viral yang tidak dinafikan mempunyai kuasa pengaruh yang mendalam kepada orang awam tidaklah menjadi satu kesalahan. Tetapi, pastikan dalam mencari idea, jangan hingga terpengaruh untuk meniru gaya logo yang sedia ada.

Hasilkan logo yang unik, lain daripada yang lain. Logo yang anda pilih untuk mewakili bisnes anda sepatutnya menampakkan tokoh, jati diri dan semulajadi yang hanya kayak dimiliki oleh bisnes anda sahaja. Jangan dicampuradukkan dengan jenama lain sehingga menenggelamkan identiti sendiri.

Percayalah, menghasilkan logo yang unik mampu memberi pengalaman yang mendalam di dalam minda dan hati setiap mata yang memandang, sesuatu yang memorable dan menjadi penggerak untuk menarik pelanggan baru.

5. Catchy, tersemat di fikiran

Logo adalah alat yang digunapakai oleh bisnes sebagai modal komunikasi dalam memberi dan menaikkan jenama yang bisnes anda bawa.

 

Jadi, formula penting dalam memilih logo terbaik dan menarik untuk bisnes ialah dengan memilih logo yang catchy.

Cuba ambil contoh logo syarikat Nike dengan slogan ‘Just Do It’. Sudah terpampang jelas di fikiran anda tanda ‘betul’ (checked-mark) yang melambangkan kesediaan dan aktiviti lasak yang dijanjikan oleh jenama ternama itu. Anda sendiri akui, tanda ‘betul’ pada logo Nike itu, bukan sekadar betul, ✔.

Banyakkan membuat kajian dan mendalami suasana bisnes anda dan permintaan ramai bagi menghasilkan satu logo menarik yang catchy untuk kelangsungan bisnes anda.   

Kesimpulan

Logo bukan sekadar brand atau jenama kepada bisnes anda.Ia adalah salah-satu alat komunikasi yang penting. Logo memasarkan jenama bisnes anda, sekaligus penggerak kepada sebuah organisasi.

Pemilihan logo yang baik membuka peluang untuk anda memberi impresi yang kukuh dan stabil kepada orang ramai, sekaligus memaparkan servis dan tujuan organisasi anda secara visual.

SHARE THIS ARTICLE