Beza Domain dan Hosting Yang Bisnes Owner Perlu Tahu

Beza Domain dan Hosting

 

Anda bercadang untuk membina laman web atau menggunakan khidmat pihak lain, tetapi keliru pula tentang domain dan hosting. Pening kepala pula nak Google sana sini demi nak fahamkan maksud kedua-duanya. Lagi pening bila anda kena beli domain dan hosting yang sesuai untuk laman web anda tu. Nah, artikel ini paling sesuai untuk anda!

 

Apa sebenarnya domain dan hosting? Kenapa kedua-duanya penting? Dalam artikel kali ini, penulis akan kongsikan tentang domain dan hosting. Sebelum memilikki laman web sendiri, lebih baik anda mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang kedua-duanya.

Kandungan

Apa Itu Domain?

 Domain ialah nama unik yang diberikan untuk memberi identiti nama server komputer seperti web atau e-mel server. Ia merupakan Uniform Resource Locators (URL) utama atau secara mudahnya dikenali sebagai alamat laman web. Seperti juga bangunan kedai dan rumah yang mempunyai alamat jalan, laman web juga sama. Fungsinya juga sama iaitu untuk membantu kita mengenal pasti lokasinya tanpa perlu mengingat keseluruhan angka Internet Protocol (IP) yang rumit.

 

Nama domain akan memudahkan para pengguna di Internet ketika melakukan akses ke server. Contohnya, https://moolahdesign.com ialah nama laman web kami. Oleh itu, alamat laman web kami ini ialah nama domain. Mudah bukan? Domain mempunyai beberapa peringkat, iaitu:

 

  1. Top Level Domain (TLD)
  2. Second Level Domain (SLD)
  3. Third Level Domain

Top Level Domain (TLD)

Top Level Domain (TLD) merujuk singkatan paling belakang pada nama domain.
Contoh yang biasa digunakan ialah .com/ .edu/ .net/ .gov/ .org/ .net/ dan sebagainya.
Bagi contoh https://moolahdesign.com, .com merupakan TLD.
TLD pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Generic Top Level Domain (gTLD) dan Country Code Top Level Domain (ccTLD).

gTLD diuruskan oleh Internet Assigned Numbers Authority untuk kegunaan dalam Sistem Nama Domain Internet. Domain jenis ini digunakan untuk pertubuhan perdagangan, kerajaan, tentera dan sebagainya. Contohnya ialah .biz/ .info/ .com .net/ .org/ dan sebagainya. Manakala, ccTLD pula ialah domain yang dikhususkan untuk negara masing-masing misalnya Malaysia menggunakan .my/.


Second Level Domain (SLD)

Second Level Domain (SLD) ialah nama domain utama yang anda daftarkan. Misalnya nama domain yang anda daftarkan ialah https://moolahdesign.com, maka moolah design ialah SLD. 

Ringkasannya ialah:

1 1 Moolah Design

Third Level Domain

Third Level Domain pula ialah pecahan kepada nama domain. Ia diletakkan sebelum SLD. Di dalam syarikat, SLD biasanya digunakan untuk menunjukkan pecahan jabatan-jabatan.

Misalnya:

2 1 Moolah Design

Dalam contoh di atas, hr. merupakan Third Level Domain, yang mana ia merujuk Jabatan Sumber Manusia (HR) dalam syarikat tersebut.

Apa Itu Hosting?

Jika domain ialah alamat jalan, maka hosting pula umpama bangunan kedai atau rumah.  Di dalam bangunan tersebut pastinya mempunyai pelbagai jenis bilik sama ada bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu dan sebagainya. Di dalam setiap ruangan tersebut pastinya mempunyai barang-barang yang sesuai untuk diletakkan di situ.

 

Begitu juga dengan hosting, ia merupakan tempat bagi semua maklumat, fail, gambar, aplikasi, e-mel, video dan data disimpan. Perkara yang paling penting perlu anda ambil tahu ialah hosting perlu disewa terlebih dahulu sebelum laman web dibina.

 

Itulah sebab pentingnya domain dan hosting bekerjasama. Jika sudah ada alamat laman web, namun tak ada pula bangunannya, bukankah kedengaran ganjil?

Terdapat banyak jenis hosting iaitu:

  1. Shared Hosting
  2. Virtual Private Server (VPS) Hosting
  3. Cloud Hosting

Hosting jenis lain ialah Simple WordPress, WordPress Hosting, Dedicated Hosting dan sebagainya.
Namun dalam artikel ini, penulis hanya membincangkan 3 jenis hosting di atas.

Shared Hosting

Adalah sejenis hosting yang digunakan secara bersama-sama oleh ramai pengguna sekaligus. Maksudnya anda akan berkongsi ruang kosong disk, kelajuan dan sebagainya. Kebaikan shared hosting ialah harga lebih murah dan sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak. Ia juga mempunyai kemudahan yang lengkap seperti ruang disk, pangkalan data dan banyak lagi.

Kekurangannya ialah jika ada pengguna-pengguna lain yang menggunakan kemudahan secara berlebihan, pengguna lain juga akan mendapat kesannya. Selain itu, terdapat juga had penyimpanan saiz fail dan kemudahan server.

 

Virtual Private Server (VPS) Hosting

VPS Hosting ialah sejenis hosting peribadi yang sumbernya hanya digunakan oleh seorang pengguna sahaja. Dalam hosting ini, anda mempunyai kebebasan sendiri untuk mengelola dan mengatur sumber yang disediakan. Namun, pengguna perlu memiliki kemahiran dalam menguruskan server ini. Anda bebas memilih sistem operasi dan sumber kemudahan tidak akan terjejas dengan pengguna lain.

 

Cloud Hosting

Hosting jenis ini mempunyai sumber sama seperti VPS Hosting tetapi kemudahan penggunaan adalah seperti Shared Hosting. Oleh itu, anda tak perlu mempunyai kemahiran dalam mengelolakan server. Cloud hosting akan membahagikan beban ke beberapa server yang lain sekaligus. Justeru, jika server anda down atau mengalami gangguan, laman web lain akan backup dan server anda akan tetap stabil.  Namun, harganya lebih mahal daripada Shared Hosting dan VPS Hosting.

Pasti timbul pertanyaan, jenis hosting yang mana sesuai untuk laman web anda. Sebenarnya, ia bergantung pada jenis laman web yang nak buat. Maksudnya ruang disk dan trafik bulanan berbeza mengikut hosting. Contohnya:

  1. Shared Hosting: sesuai untuk blog atau laman web peribadi, laman web portfolio, laman web perniagaan skala kecil dan sebagainya.
  2. VPS Hosting: sesuai untuk web perniagaan skala besar, laman web e-learning, laman web portal berita dan sebagainya.
  3. Cloud Hosting: sesuai untuk web perniagaan skala besar, laman web e-learning, laman web portal berita dan sebagainya

Melalui penulisan artikel ini, diharapkan anda sudah dapat memahami maksud domain dan hosting. Ingat ya, domain dan hosting diperlukan untuk membina sebuah laman web. 

Setiap hosting mempunyai kebaikan dan kekurangannya. Oleh itu, pastikan anda pilih hosting yang tepat agar tujuan pembinaannya berjalan lancar dan anda juga tak rugi.

SHARE THIS ARTICLE