4 Jenis Website Bisnes yang Popular di Sarawak

jenis website bisnes sarawak

Kini, membina web design dalam apa-apa bentuk perniagaan merupakan perkara yang sangat penting. Web design atau nama lainnya membuat laman web sudah menjadi keperluan dalam industri perniagaan tak kira yang kecil mahupun besar. Dengan adanya jaringan internet, para pelanggan juga boleh mendapatkan semua maklumat yang diingini dengan cara melayari laman web berkenaan.

 

Dalam laman web sesebuah syarikat atau pemilikan sendiri, pastinya kita akan mempromosikan produk agar dikenali. Jika dulu, pengguna dapat maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan hanya melalui iklan di dalam televisyen, radio, surat khabar atau majalah. Kini, cara itu sudah agak ketinggalan zaman.

 

Dengan adanya telefon pintar, kita mudah mendapat maklumat melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya. Jika kita tertarik dengan sesuatu produk yang diiklankan di YouTube misalnya, pautan laman web juga akan disertakan. Anda hanya perlu klik pautan tersebut untuk mendapatkan produk yang anda ingini.

 

Jenis-Jenis Servis Web Design di Sarawak

Sudah ada banyak syarikat atau individu yang menawarkan servis web design untuk perniagaan anda. Termasuklah kami di moolahdesign.com. Namun, dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang servis web design yang terdapat di Sarawak.

Jangan risau, negeri-negeri lain juga boleh dapatkan servis web design ini daripada kami. Sebelum anda ingin membina laman web, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu.

Kebanyakan syarikat yang menawarkan servis web design di Sarawak membangunkan 4 jenis laman web, iaitu e-dagang, korporat, blog dan surat jualan.

Kandungan

1. Laman web e-dagang

Laman e-dagang ialah laman web yang biasa kita gunakan ketika hendak membeli barang. Ia merupakan portal yang menjual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan. Antara produk yang dijual ialah pakaian, makanan, alat tulis, barangan dapur (basah dan kering), alatan menukang, hiasan rumah dan sebagainya. Manakala perkhidmatan yang ditawarkan ialah percetakan, jahitan pakaian dan banyak lagi.

Dalam laman web e-dagang terdapat bahagian maklumat pembayaran, cart, gambar atau video, maklumat produk, pengeluar asal produk dan sebagainya. Pengguna hanya perlu membuat pilihan produk yang diingini. Bayaran boleh dibuat secara online melibatkan transaksi perbankan, membayar di kiosk atau kedai terpilih atau bayar ketika barang diterima (COD).

2. Laman web korporat

Laman web jenis ini memberikan informasi tentang sesebuah organisasi, syarikat atau individu. Biasanya, ia mengandungi maklumat tentang sesebuah perniagaan atau perkhidmatan, secara terperinci. Dalam laman web korporat akan terpapar tentang butiran alamat, pencapaian, aktiviti, sejarah, visi, misi dan banyak lagi.

Tujuan pembinaan laman web korporat berbeza dengan e-dagang kerana ia bukanlah bertujuan untuk penjualan produk dan perkhidmatan. Ia memfokuskan kepada imej korporat yang memberikan portal terbuka kepada para pengguna. Antara fungsinya ialah meningkatkan daya saing, menarik pelanggan baru, meningkatkan imej syarikat dan aktiviti promosi.

3. Blog

Sebelum laman web e-dagang muncul dengan banyaknya, laman blog telah bertapak terlebih dahulu. Dalam blog, para pembaca boleh mendapatkan pelbagai jenis maklumat seperti tips dan petua, isu semasa dan tutorial. Terdapat juga blog yang menyajikan hiburan seperti kisah seram, pengalaman pahit dan lucu. Antara yang paling terkenal ialah blog yang menyajikan resepi-resepi tradisional dan moden.

Ada juga pemilik blog yang menjual produk atau perkhidmatan secara soft sale. Kaedah perniagaan jenis ini ialah pemujukan secara halus dengan cara memberi info, tutorial dan berkongsi impak positif yang diperoleh. Orang yang membaca blog tersebut akan terdorong untuk mencuba produk tersebut atau menjadi agen pemasaran.

4. Laman web surat jualan

Laman web surat jualan atau nama lainnya landing page. Ia merupakan halaman pertama yang akan dibuka oleh pengguna apabila mereka menekan sesuatu pautan. Masih keliru? Contoh paling mudah, anda ternampak satu iklan pakej pascabayar telco yang nampak menarik. Bila anda klik iklan tersebut, ia hanya satu halaman sahaja. Kemudian, anda akan perlu klik butang untuk terus membeli produk tersebut.

Laman web surat jualan hanya fokus pada satu jenis produk sahaja. Biasanya produk yang dijual berkaitan tentang produk digital dan online seperti ebook, pakej telco, e-learning dan sebagainya. Ia menjadi pilihan marketer online yang hanya nak jual satu jenis produk sahaja.

Setakat ini sahaja perbincangan tentang topik 4 jenis servis web design di Sarawak. Oleh itu, sebelum membina laman web yang diingini, pastikan anda sudah dapat membezakan kesemua laman web tersebut. Berdasarkan penerangan di atas, bukan semua laman web sesuai dengan apa yang kita inginkan.

Jika anda masih kurang jelas, bolehlah dapatkan penjelasan dengan lebih mendalam daripada kami di moolahdesign.com. Sebagai syarikat yang menyediakan servis web design pasti kami lebih arif dan berpengalaman. Moga bermanfaat.

SHARE THIS ARTICLE