7 Tips Rahsia Founder Buat Produk Sendiri Edisi 2023

Buat Produk Sendiri

Nak buat produk sendiri? Nak jadi founder atau pengasas produk yang berjaya? Tak mustahil anda boleh menggapai impian itu. Lihat sahaja Khairul Aming yang terkenal dengan Sambal Nyet Berapi, Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi.

Malah, anda juga pasti pernah mendengar tentang susu kambing jenama Irfan. Ia dihasilkan oleh syarikat bumiputera, Saiful Azlan Ramli. Bagi peminat pelbagai jenis kek yang lazat, daging kambing dan biskut, produk Mamasab pasti dekat di hati. Pengasasnya ialah Siti Sabrina.

Kalau nak disenaraikan, ramai lagi usahawan yang berjaya menghasilkan produk sendiri yang berkualiti dan mendapat sambutan ramai. Produk-produk tersebut berupa makanan dan minuman, pakaian, kosmetik dan kecantikan, kesihatan dan sebagainya. Kebanyakan mereka tak menjadi founder yang berjaya dalam sekelip mata. Mereka bermula dari bawah, sehingga ada yang telah menjadi jutawan dan ikon perniagaan.

Oleh itu, dalam artikel ini, penulis akan kongsikan 7 tips buat produk sendiri edisi 2023. Sebelum itu, mari kita fahamkan dulu maksud produk sendiri. Teruskan pembacaan anda.

Kandungan Konten

Maksud Produk Sendiri

Produk sendiri bermaksud idea mutlak pengasas dalam menghasilkan sesuatu sama ada dalam bentuk barangan atau servis. Tujuan menghasilkan produk atau servis ini ialah demi memenuhi keperluan pengguna dari pelbagai aspek. Misalnya, jika anda penggemar sambal hitam tetapi nak buatnya sendiri bukan mudah. Cara paling mudah beli sahaja sambal hitam jenama Tokey yang cukup terkenal melalui platform online, kedai atau agen.

Biasanya produk atau servis tersebut belum pernah dihasilkan oleh orang lain. Ia juga mungkin penambaikan dari yang sedia ada di pasaran untuk memberi pilihan yang pelbagai atau menunjukkan ciri-ciri unik founder. Biasanya, produk sendiri ini membawa imej korporat founder yang mungkin idea rekaan sendiri, warisan keluarga, hasil kajian dan sebagainya.

Sebagai bakal founder, ada 7 tips penting yang perlu anda ikut jika hendak berjaya, iaitu:

  1. Pemilihan produk

Jika sudah bercita-cita menjadi founder, tentu sudah ada idea produk atau servis yang ingin anda hasilkan. Mungkin sambal tempe, minyak wangi, biskut keju, produk hilangkan jeragat, tudung labuh, abaya dan sebagainya.

Jika masih ragu-ragu, terdapat cara lain untuk pilih produk. Anda boleh hasilkan produk yang sedang viral dengan cara tambahkan identiti unik anda. Mungkin anda boleh hasilkan produk khusus untuk 1 golongan sahaja. Misalnya membuat pes makanan bayi dengan pelbagai jenis pilihan yang sihat tanpa garam, gula dan perasa tambahan. Anda juga boleh hasilkan produk yang semua orang boleh gunakan misalnya ubat gigi perisa pandan atau sabun badan dari minyak zaitun.

Anda juga boleh dapatkan servis daripada pereka jenama atau web designer tentang produk yang hendak dijual. Mereka akan membuat penyelidikan tentang pelanggan sasaran, pesaing dan sebagainya. Jadi, anda akan lebih berkeyakinan untuk keluarkan produk tersebut.

  1. Reka bentuk dan pembungkusan

Selain ramuan, resepi dan bahan dalam produk, anda juga perlu berbincang dengan pihak kilang tentang reka bentuk produk, warna, material dan jenis pembungkusan. Anda perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan reka bentuk yang kemas, mudah, praktikal dan nampak menarik.

Jika perlu, anda boleh mengupah pereka grafik atau web designer untuk menghasilkan visual yang lebih menarik. Mereka lebih berpengalaman dalam aspek reka bentuk dan pembungkusan yang sesuai untuk setiap produk. Pandangan pertama pelanggan terhadap pembungkusan produk anda itu sangat penting untuk mewujudkan keyakinan mereka.

  1. Pemilihan kilang

Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu tentang kilang yang akan mengeluarkan dan memasarkan produk anda. Caranya ialah melalui carian di internet tentang kilang yang menghasilkan produk anda nanti. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika pemilihan kilang, iaitu:

  • Berapa kuantiti minimum dan maksimum produk yang boleh dikeluarkan?
  • Jangkamasa siapkan produk dari awal hingga akhir
  • Kos produk
  • Risiko dan cara pihak kilang atasi masalah tersebut

Jika tak yakin untuk mencari sendiri kilang, gunakan khidmat web designer.

  1. Idea dan kuantiti

Setelah anda sudah tetapkan produk, nyatakan kepada pihak kilang secara spesifik tentang resepi, ramuan, sukatan dan sebagainya. Anda perlu pastikan rasa dan kualiti produk sendiri tak lari walaupun kilang menghasilkannya dalam skala yang besar. Jangan berkompromi dengan kualiti walaupun hanya sedikit.

Ada kilang yang menetapkan kuantiti minimum dalam penghasilan produk. Oleh itu, jika kuantiti minimum kilang yang dipilih ialah 1,000 buah, pastikan anda merancang strategi pemasaran. Jika produk anda itu benar-benar bagus, percayalah pasti ia akan laku dan habis sekelip mata.

  1. Prototaip dan sampel

Pengeluaran produk kali pertama secara prototaip, anda boleh memberikan produk anda itu secara sampel kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau hebahan di media sosial. Dapatkan maklum balas daripada mereka untuk proses penambahbaikan. Maklumkan kepada pihak kilang sebelum kuantiti skala besar dihasilkan untuk dijualdi pasaran.

  1. Pensijilan dan dokumentasi

Apabila menjadi founder, perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah urusan pensijilan hakcipta. Hakcipta produk anda perlu didaftarkan. Dalam proses ini, sediakan perjanjian kerahsiaan Non-Disclosure Agreement (NDA) di antara pihak anda dan kilang. Tujuannya untuk menghalang pihak kilang membekalkan produk yang sama (hakcipta anda sendiri) kepada pesaing perniagaan.

  1. Penghantaran produk

Pastikan anda telah memaklumkan dan berbincang dengan pihak kilang tentang penghantaran produk ke premis perniagaan anda. Selain itu, pastikan juga mereka menepati jadual penghantaran yang telah ditetapkan sama ada harian atau mingguan. Jangan biarkan stok kehabisan dalam jangka waktu yang lama.

Sentiasa semak tarikh luput, kualiti isi, pembungkusan dan kuantiti produk setiap kali menerima produk. Anda sebagai founder produk sendiri, perlulah tegas agar produk anda itu tidak rosak dan cacat.

Akhir kata, nak jadi seorang founder memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang produk, pasaran, pengguna, risiko dan sebagainya. Namun, jangan risau. Untuk menghasilkan produk sendiri tidaklah sesukar mana. Yang paling penting sentiasa pantau kilang, kualiti produk, perubahan citarasa pengguna dan reka bentuk. Selamat maju jaya.

SHARE THIS ARTICLE