5 Sebab Kenapa Bisnes Online Anda Perlu Ada Website

5 Sebab Kenapa Bisnes Online Anda Perlu Ada Website Moolah Design

Pada zaman sekarang, bisnes anda perlu ada website. Kenyataan ini nampak agak ‘memaksa’, namun ada sebabnya. Kini ramai orang yang menjalankan bisnes lebih tertumpu di media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan sebagainya. Lebih pantas, percuma dan mudah untuk berkomunikasi.

Bila ada yang beritahu website boleh memberikan keuntungan yang tinggi, ada pula yang akan cakap, “Bisnes di Facebook pun menguntungkan juga, percuma sebab tak perlu keluar duit walau sesen pun. Kalau buat website kena upah orang, dahlah mahal. Alah, saya jual produk kecantikan saje.”

Sesetengah orang masih beranggapan bahawa membuat website bukanlah murah. Jika ada kepakaran membuat sendiri, tiada masalah. Kalau nak upah web designer secara individu atau syarikat takut-takut upahnya tinggi.

Percayalah, website dalam bisnes masih relevan di zaman media sosial menjadi alat komunikasi yang paling berkuasa. Jadi, dalam artikel ini, penulis akan kongsikan 5 sebab bisnes anda perlu ada website. Antaranya ialah:

Table of Contents

  1. Website dan media sosial saling melengkapi

Dalam website anda boleh menyusun atur produk, tema warna, pemilihan gambar dan kriteria-kriteria lain. Manakala dalam media sosial, hal sebegini sangat terhad kerana anda hanya diberikan templat sedia ada. Oleh itu, anda boleh menjadikan website seolah-olah kedai digital anda, manakala media sosial menjadi alat pemasaran dan pengiklanan.

Maksudnya, website dan media sosial boleh bekerjasama dan saling melengkapi untuk menaikkan produk anda di pasaran. Lihat sahaja jenama-jenama seperti Gucci, Watson, Pureen, OPPO dan banyak lagi. Jenama-jenama ini bukan sahaja mempunyai website mereka sendiri, malahan tetap mempromosikan produk mereka di media sosial.

  1. Meringankan kerja

Jika anda mengimpikan produk anda laris di seluruh Malaysia atau negara-negara jiran, website dapat membantu. Jika bisnes kecil-kecilan, anda masih boleh menguruskan order, bayaran dan penghantaran. Mungkin juga ada beberapa orang pekerja yang boleh sama-sama membantu.

Namun, jika permintaan terhadap produk anda makin meningkat, anda tak akan mampu menguruskan semuanya secara manual. Anda tak mampu nak taip invois, periksa status pembayaran, memasukkan ratusan produk dalam inventori dan sebagainya. Di sinilah fungsi website yang mampu meringankan segala tugas anda kecuali urusan pembungkusan dan pengeposan barang.

Kalau guna website, kesemua proses tersebut boleh dijalankan secara automatik. Kebanyakan urusan adalah menggunakan e-mel. Oleh itu, semua dokumentasi mudah disemak dan disimpan.

  1. Pilihan cara pembayaran

Jika menjual barang dalam website anda boleh memberikan pilihan cara bayaran kepada pembeli. Antaranya ialah:

  • Perbankan internet
  • Sistem Cash On Delivery (COD)
  • Kad kredit atau kad debit
  • Bayaran tunai di kedai-kedai serbaneka terpilih
  • Bayaran ansuran kad kredit
  • Bayaran melalui Google

Ini dapat memudahkan para pembeli membuat pilihan dan akan membuat mereka tertarik untuk membeli produk-produk yang dijual. Mereka akan lebih yakin untuk membeli produk yang mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

  1. Menunjukkan imej korporat

Jika sebelum ini anda hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau baru berjinak-jinak dalam bisnes. Setelah produk anda mula dikenali dan mendapat sambutan hangat, maka cara terbaik untuk membina imej profesional dan korporat adalah dengan website.

Anda boleh meletakkan maklumat syarikat, logo dan sebagainya. Setelah itu, produk anda akan nampak lebih meyakinkan dan pembeli akan mula tertarik untuk membeli. Tak percaya? Cuba buka website Naelofar, nampak menarik dan meyakinkan kan? Itulah kelebihan website yang anda tak akan jumpa di media sosial.

  1. Potensi pelanggan

Jika anda nak mempromosikan produk anda di media sosial, anda perlu membayar sejumlah kos untuk Boost Post. Bayaran yang dikenakan bergantung pada bajet dan jangka masa. Namun, audien atau pelanggan sasaran masih terhad. Jika menggunakan post biasa secara percuma, pelanggan sasaran mungkin hanya rakan-rakan, ahli keluarga atau follower anda.

Berbeza dengan website yang boleh menjangkau seluruh dunia dengan pasaran yang lebih luas. Contohnya Amazon, eBay, Newegg dan sebagainya. Jangan terkejut kalau tiba-tiba abaya yang dijual dalam website anda mendapat tempahan dari New York!

Kesimpulannya, website umpama kad nama digital untuk bisnes anda. Itulah sebabnya bisnes anda perlu ada website jika anda serius nak berjaya. Seperti yang dijelaskan di atas, penulis tak menolak peranan media sosial sebagai platform penting untuk menjual pelbagai jenis produk.

Dengan adanya website, bisnes anda nampak lebih profesional dan sistematik. Biar keluar sedikit modal, janji hasilnya berbaloi. Kata orang, kalau nak berjaya kenalah berkorban sedikit. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dulu, kumpul duit lebih. Kemudian, bolehlah upah web designer untuk membuat website produk anda.

SHARE THIS ARTICLE