Harga dan Kos Buat Website E-Commerce Tahun 2023

Harga dan Kos Buat Website

Agak-agak berapa kos buat website e-dagang pada tahun 2023? Makin mahal atau masih sama seperti tahun-tahun lepas? Umum tahu, kos buat website bukanlah terlalu murah kerana ia memerlukan individu atau kumpulan yang pakar untuk membinanya. Harganya bergantung kepada kepakaran, pengalaman, saiz syarikat dan juga pakej yang ditawarkan.

Jika anda tanya web designer A, jawapannya RMxxxx, tanya B pula harganya mungkin lebih murah daripada A. Tanya pula web designer C dan D harga mereka 2 kali ganda lebih mahal dari B. Begitulah situasinya. Anda tak akan dapat suatu harga yang standard.

Bagi pengasas atau peniaga yang nak dapatkan servis buat website e-dagang pastikan anda tak salah pilih web designer. Jangan risau. Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan kos buat website e-dagang tahun 2023. Anda mungkin boleh dapatkan idea nanti.

Table of Contents

Perkara-Perkara yang Menentukan Kos Buat Website E-dagang

Sebelum itu, penulis nak kongsikan perkara-perkara yang menentukan kos membuat website e-dagang. Antaranya ialah:

  1. Siapa yang diupah?

Kos buat website e-dagang bergantung kepada siapa yang anda nak upah. Freelance web designer yang baru setahun jagung atau berpengalaman lebih 10 tahun? Anda nak upah agensi yang besar atau kecil? Saudara-mara atau rakan-rakan?

Setiap orang ini mempunai harga upah yang berlainan. Jika anda nak ambil servis freelance web designer yang belum berpengalaman, harganya jauh lebih murah. Berbanding yang berpengalaman dan mempunyai portfolio. Walaupun harga mereka agak tinggi, kualiti kerja tak perlu dirisaukan.

Jika anda gunakan khidmat agensi pula, kosnya mungkin lebih tinggi kerana mereka akan terdiri daripada individu yang pakar. Biasanya mereka ada harga minimum bagi sesebuah website. Ada juga yang meletakkan upah kadar rata (flat rate) ikut jenis projek. Jika pelanggan mereka terdiri daripada syarikat yang besar, kosnya lebih tinggi.

  1. Website jenis apa?

Jenis website juga memainkan peranan dalam tentukan kos buat website e-dagang. Ada macam-macam jenis website iaitu website marketplace, landing page, website korporat, website e-dagang dan banyak lagi.

Kos untuk buat website e-dagang lebih mahal daripada website korporat atau landing page. Namun, kosnya rendah sedikit daripada buat website marketplace. Namun, harga website ini mungkin akan berubah mengikit ciri-ciri yang klien inginkan.

  1. Ciri apa dalam website e-dagang?

Anda inginkan ciri-ciri apa dalam website e-dagang anda? Lagi banyak feature, lagi kompleks jadinya, maka kos upah pun jadi tinggi. Anda perlu beritahu web designer secara teliti bajet yang anda ada untuk buat website. Anda juga perlu maklumkan ciri-ciri yang diingini agar web designer boleh tentukan kos tersebut berpadanan atau tak.

Jika bajet anda mencukupi, mereka boleh merancang perkara-perkara yang perlu dibuat seperti membeli plugin premium, theme premium dan sebagainya.

  1. Kos-kos tambahan

Kos untuk membuat website e-dagang juga akan berubah mengikut beberapa faktor. Antaranya ialah:

  • Bayaran untuk membuat domain dan hosting.
  • Bayaran untuk latihan dan dokumentasi cara guna website.
  • Bayaran untuk reka banner website.
  • Bayaran tambahan untuk konsultasi dan lain-lain.

Setelah mengetahui perkara-perkara penting yang akan menentukan kos buat website, kita akan ke topik seterusnya.

Kos Buat Website E-Dagang Tahun 2023

Jika anda nak dapatkan servis web designer yang berpengalaman dengan portfolio yang cemerlang, moolahdesign.com idea terbaik. Anggaran kos yang ditawarkan juga agak berpatutan iaitu bermula daripada harga RM3000 hingga RM6000. Kos yang ditawarkan juga boleh dirunding.

Harga yang dinyatakan di atas ialah anggaran kos untuk buat website e-dagang. Namun, suka saya ingatkan bahawa ini hanyalah anggaran sahaja. Kos mungkin akan berubah mengikut perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas. Di moolahdesign.com, bayaran tambahan dikenakan bergantung pada projek. Biasanya ia melibatkan domain, hosting, warranty dan sebagainya.

Kesimpulannya, pilihlah web designer yang mampu merealisasikan impian anda.  Terangkan tentang bajet dan feature yang anda inginkan. Semoga bermanfaat.

SHARE THIS ARTICLE