Moolah Design, Professional Brand Designer Malaysia untuk Perniagaan Anda

Brand Designer Malaysia

Pernahkah anda dengar tentang brand designer atau juga dikenali sebagai pereka jenama? Tahukah anda, brand designer boleh membantu meningkatkan perniagaan anda? Walau apa jua peniagaan yang anda usahakan, semuanya semudah ABC dengan bantuan brand designer. Tidak kiralah anda nak jual susu kambing, donut red velvet atau membuka pusat tuisyen.

Pernahkan anda mengalami situasi berikut? Anda menghasilkan produk makanan warisan keluarga tetapi jarang sekali untung. Asyik rugi sahaja sehingga sudah mula tawar hati. Anda menawarkan servis rawatan kecantikan menggunakan bahan semulajadi, namun jenama anda kurang dikenali. Di manakah silapnya? Inilah pentingnya anda menggunakan khidmat kami sebagai brand designer di Moolah Design.

Risau kerana ingat perkhidmatan kami hanya untuk syarikat-syarikat besar lagi ternama? Takut kami akan mengenakan harga perkhidmatan yang mahal? Tak yakin bahawa kami dapat membantu anda dengan jayanya? Jangan risau, baca dulu sehingga habis.

Kandungan Konten

Apa Itu Brand Designer?

Kami sebagai brand designer merupakan sekumpulan individu yang pakar dalam mengembangkan jenama produk atau servis yang anda hasilkan. Kami akan membantu memperkenalkan produk anda kepada dunia melalui jaringan maklumat tanpa sempadan. Selain itu, kami juga akan membantu membina perniagaan anda dengan memberi idea strategi perniagaan, penciptaan logo syarikat sehingga promosi di pelbagai platform.

Cara Moolah Design Membantu Anda

Kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi tentang brand designer di Malaysia. Buat pengetahuan anda, kami pernah bekerjasama dengan Guardian, FELDA, KK Mart, HINO, ENGEAR dan banyak lagi.

Bagaimana cara kami menyusun strategi sebagai brand designer? Sebelum sesuatu jenama itu diperkenalkan, beberapa langkah akan dibuat, iaitu:

Penyelidikan dan Pendekatan

Setelah mengetahui tentang produk atau perkhidmatan yang anda hendak jual, brand designer akan membuat penyelidikan dulu. Tujuannya untuk mendapatkan idea penting tentang pelanggan sasaran, industri dan pesaing yang ada. Setelah mendapat maklumat yang diperlukan, kami akan membangunkan pendekatan strategik secara terperinci. Ini termasuk pelaksanaan penjenamaan yang sesuai, platform jualan dan pemasaran utama serta banyak lain.

Garis Panduan Penjenamaan


Brand Designer akan membantu anda membangunkan garis panduan operasi dan dokumen asas. Ini dapat menjamin kualiti terbaik di semua peringkat perniagaan anda. Garis panduan bagi penjenamaan penting untuk membantu perniagaan beroperasi secara sistematik.

Anda dapat menguruskan perniagaan dengan lebih cekap kerana kami akan mengajar cara mengurus brand design secara menyeluruh. Malahan, anda juga dapat memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza mengikut kepakaran dan kemudahan.

Logo dan Identiti Visual

Tahukah anda bahawa logo syarikat anda memberi tanggapan pertama bagi para pelanggan? Ia mungkin menarik minat mereka atau juga mungkin membuatkan mereka ragu-ragu tentang produk anda. Logo syarikat bukan sahaja melambangkan imej karporat syarikat tetapi juga amat penting dalam bidang pemasaran.

Brand designer akan merangka, menyemak dan mengolah semula logo dan penjenamaan anda sehingga berjaya mendapat hasil yang diingini. Jika anda sudah mempunyai jenama pilihan, kami akan memberikan idea dari aspek logo, reka bentuk laman web dan sebagainya. Brand designer akan pastikan logo tersebut selari dengan identiti visual dengan menonjolkan imej unik perniagaan anda.

Mesej dan Impak Penjenamaan

Dari awal memulakan perniagaan, anda perlu tahu kepentingan mesej dan impak penjenamaan. Brand designer akan membantu anda membangunkan garis panduan dan pendekatan berdasarkan khalayak sasaran secara strategik serta unik.

Brand designer juga akan menggabungkan mesej penjenamaan berdasarkan logo dan identiti visual. Para pelanggan perlulah mempunyai tanggapan pertama yang positif terhadap nilai penjenamaan anda. Jika anda berjaya pada permulaan rancangan perniagaan, maka mesej dan impak penjenamaan anda telah mencapai sasaran. Seterusnya, anda boleh menyusun strategi yang lain pula pula.

Pembungkusan dan Reka Bentuk Produk

Brand designer juga pakar dalam menghasilkan reka bentuk grafik terkini untuk mencipta visual. Kami boleh membantu anda mereka cipta pembungkusan produk, papan tanda dan poster. Malahan, kami juga boleh menghasilkan reka bentuk risalah, majalah, pengiklanan bercetak dan pelbagai pilihan visual lain

Medium Pemasaran

Brand designer juga boleh membantu anda membuat bahan promosi, komunikasi vendor, newsletter, siaran akhbar, pengumuman, iklan media sosial dan sebagainya. Sudah menjadi tugas kami untuk memastikan jenama anda ‘berkomunikasi’ dengan kaedah, sasaran, masa dan medium yang tepat.

Komunikasi perniagaan anda dengan para pelanggan perlulah sentiasa berada di landasan yang betul. Jika anda mempunyai produk yang berkualiti sekalipun, namun jika ia, kurang dikenali kerana promosi yang kurang tepat, ia tetap akan gagal mencapai sasaran. Jadi, serahkan tugas ini kepada pihak kami.

Perkhidmatan di Moolah Design

Kami sebagai pakar brand designer Malaysia menyediakan perkhidmatan untuk perniagaan anda bermula dari awal sehingga jenama anda mula dikenali di pasaran Malaysia. Secara ringkasnya, apa yang kami lakukan ialah:

  • Tentukan kedudukan, penyelidikan jenama dan khalayak sasaran
  • Membina jenama korporat dan audit jenama perniagaan
  • Memberikan garis panduan, mesej, pembangunan strategi, reka bentuk dan medium pemasaran penjenamaan
  • Membuat penyelidikan dan tinjauan pasaran
  • Membuat penjenamaan hasil seni
  • Membuat pembungkusan, reka bentuk produk, jenama visual, logo, pengiklanan cetak, brosur, majalah, poster dan sebagainya
  • Menyediakan laporan penyelidikan dan dokumen perancangan perniagaan
  • Menyediakan garis panduan penulisan dan dokumen
  • Membuat penukaran dan reka bentuk 3D
  • Membuat ukuran prestasi jenama
  • Mereka bentuk laman web korporat, E-Dagang
  • Menguruskan Cloud Hosting
  • Mereka bentuk logo dan grafik ubah suai
  • HTML / WordPress CMS
  • Responsif dan mesra telefon mudah alih

Kami menawarkan perkhidmatan brand designer dengan harga yang berpatutan, bergantung pada projek yang nak dibuat. Kadar bayaran ini berdasarkan pada jenis perkhidmatan yang diinginkan dengan harga antara RM3k hingga RM6k. Jangan risau, harga boleh bincang sampai jadi.

Jika anda berminat untuk mendapatkan nasihat, idea dan hasil sentuhan kreatif kami sebagai brand designer anda, terus hubungi kami. Anda boleh hubungi Moolah Design di WhatsApp (013-8080519) atau melalui e-mel (moolahcreative@gmail.com)


SHARE THIS ARTICLE