Cara Mudah Buat Tagline Bisnes Power dan Impactful untuk Brand Anda

Cara Mudah Buat Tagline

Anda nak tahu tentang cara buat tagline unik dan kreatif untuk bisnes anda pada 2023? Artikel ni paling sesuai untuk anda. Sebelum tu, agak-agak pernah dengar tak mana-mana tagline syarikat yang popular? Tak mungkin anda tak pernah dengar. Macam tagline di bawah:

“…kerana dirimu begitu berharga (…because you’re worth it)”

Table of Contents

Tagline di atas pasti sangat sinonim dengan kaum wanita. Biasa kita dengar iklan di kaca televisyen model-model produk L’Oreal akan mengungkapkannya. Ini ialah contoh tagline. Contoh-contoh lain ialah:

  1. Nike- “Just Do It
  2. McDonald’s- “I’m Lovin It
  3. Nokia- “Connecting People
  4. Sony- “Make Believe
  5. Google- “Don’t Be Evil
  6. Kentucky Fried Chicken- “Finger Lickin Good
  7. Apple- “Think Different
  8. OldTown- “Kopi Dulu, Makan Dulu

Apakah Maksud Tagline?

 

Tagline bermaksud slogan atau frasa yang dipilih oleh sesebuah syarikat untuk dijadikan identiti. Tagline biasanya ungkapan yang pendek-pendek. Ia memberikan mesej kepada para pengguna tentang syarikat tersebut.

Ini disebabkan banyak syarikat lain yang menjual produk yang sama denga kualiti yang hampir sama. Malahan, ciri-ciri keistimewaan produk tersebut juga mungkin boleh sama. Oleh iu, tagline digunakan untuk memberikan ciri unik dan kreatif kepada sesebuah syarikat. Sebab itulah ramai orang yang mampu mengingati atau menghafal tagline tersebut.

Ini bermaksud dengan promosi dan iklan yang dijalankan, kualiti produk yang bagus, membuatkan jenama tersebut dekat di hati para pengguna. Tagline yang bagus mestilah mewakili strategi, visi dan kedudukan jenama tersebut. Pilihan perkataan mestilah ringkas, mudah dan kreatif. Namun, mesejnya mestilah sampai kepada pengguna.

Tagline yang bagus mampu dikenali oleh pengguna. Dengan membaca tagline, mereka boleh mengaitkan produk atau servis yang diberi.

Cara Buat Tagline Unik dan Kreatif

  1. Guna perkataan singkat

Jika anda adalah seorang yang kreatif dan mahir dalam bahasa, rasanya mungkin tak ada masalah besar untuk buat tagline. Pastikan pilih perkataan yang mudah difahami dan senang disebut. Elakkan perkataan pinjaman yang agak kompleks seperti analisis, aksara, gratis, mekanisme dan sebagainya.

Tak perlu pilih perkataan yang susah-susah untuk menunjukkan syarikat anda nampak gah tetapi kurang diingati. Cari ciri-ciri unik dalam syarikat anda yang tak ada pada pesaing bisnes anda. Gabungkan ciri-ciri tersebut menjadi satu tagline yang menarik.

  1. Tentukan khalayak pengguna

Jangan sesekali pandang ringan tentang fungsi tagline lebih-lebih lagi bagi golongan remaja dan wanita. Jika syarikat anda menjual alatan sukan, fokuskan pada perkataan yang sering digunakan oleh remaja. Golongan remaja mempunyai semangat iiwa yang membara. Maka, perkataan yang dipilih lebih catchy, trendy dan mungkin sedikit wild.

Bagi golongan wanita pula, perkataan yang dipilih mestilah menggambarkan emosi mereka. Contoh tagline L’Oreal tadi, memberikan suatu bentuk pujukan emosi secara lembut. Wanita perlu menghargai diri mereka kerana semua wanita itu cantik tanpa kira warna kulit dan bangsa.

  1. Idea orang lain

Pening fikirkan tagline yang sesuai. Dah berhari-hari duduk berfikir, namun idea tak kunjung tiba. Apa kata anda minta bantuan orang lain pula? Anda boleh minta pendapat ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika anda sudah mula menjalankan bisnes secara online, apa kata minta pendapat follower media sosial anda.

Anda juga boleh buat pertandingan cipta tagline di media sosial. Mungkin ada yang menepati citarasa dan buat anda terpikat. Sediakan hadiah yang menarik. Pasti lebih banyak penyertaan, maka lebih banyaklah idea yang anda akan dapat.

  1. Bantuan web designer

Dah cuba fikir sendiri tetapi otak tepu dan gagal cipta perkataan yang memberi impak? Dah tanya pula ahli keluarga dan rakan-rakan, sayangnya idea mereka kurang menarik. Tagline yang follower bagi pun semua tak menepati kriteria? Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. 

Anda boleh dapatkan khidmat web designer untuk buat tagline unik dan kreatif untuk bisnes 2023 anda. Salah satunya ialah moolahdesign.com. Memang menjadi kepakaran mereka mengembangkan jenama sesuatu produk. Mereka akan mengkaji khalayak pengguna dan memberikan idea tentang strategi bisnes.

Kesimpulannya, tagline sangat penting dalam sesuatu bisnes. Sama seperti logo, tagline juga memberitahu kepada pengguna tentang mesej penjenamaan. Diharapkan perkongsian penulis tentang topik cara buat tagline unik dan kreatif untuk bisnes 2023 memberikan manfaat kepada anda.

SHARE THIS ARTICLE

[Limited Offer] Tebus kupon istimewa untuk semua servis daripada moolahdesign.com sekarang!

tekan gambar dibawah👇