5 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Buat Bisnes Online
Zaman sekarang ni memang zaman orang buat duit online. Dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau boleh semua benda jual beli online.
Kalau sebut je online, dah tak pelik dah. Memang semua benda ada, dari pakaian, barangan kesihatan sampaikan makanan pun boleh jual online! Haaa, bukan biasher-biasher!
Perniagaan online mendapat sambutan yang luar biasa, tambahan lagi bagi penduduk di bandar mereka jadikan perniagaan online sebagai side income mereka tetapi ada juga beberapa golongan yang menjadikan perniagaan online ini sebagai punca pendapatan utama, lagi-lagi golongan suri rumahtangga sepenuh masa.
Hmm, untung ke buat bisnes online ni?
Boleh pergi jauh ke?
EH, MESTILAH BOLEH!
Bak kata orang putih, NOTHING IMPOSSIBLE!
Haa, gitu!
Table of Contents
JADI ADMIN NAK SHARE DENGAN KORANG 5 TIPS PENTING BUAT BISNES ONLINE
MINDSET YANG BETUL
“You become what you think”
Tidak kira dalam apa jua situasi, mindset antara perkara yang memainkan peranan besar. Baik yang kita fikir, baik jugalah result yang kita dapat dan begitulah sebaliknya.
Jadi, seraplah positivity sebanyak yang mungkin. Orang bisnes tahu betapa “dunia perniagaan” memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketetapan hati yang kuat.
Dunia bisnes, dunia yang sangat kejam dan melelahkan. Siapa yang bertahan sehingga akhir adalah juaranya.
Kalau kita teliti secara dalam, berapa ramai yang mula dan berapa ramai yang berada di garisan penamat adalah jumlah yang sungguh ketara bezanya. Kalau 500 yang memulakan perniagaan, mungkin cuma 10 orang yang berjaya menuai hasil kejayaan.
Mereka yang kecundang awal bukan hanya disebabkan oleh mentalities sendiri, tetapi juga ‘suntikan racun’ dari orang-orang luar.
Ketika ada bukan sesiapa, racun pertama yang mereka katakan adalah,
“Kau tak mampu!”
“Kau takkan berjaya!”
Ya, betul. Admin sendiri pernah mengalami hal ini. Tolak tepi kata-kata negatif seperti ini, sebenarnya mereka berkata kepada diri mereka sendiri. Mereka tak boleh jadi orang lain pun tak boleh. Urghh, toxic bethol!
Bagi admin,makin orang cakap admin tak boleh, makin admin buktikan admin BOLEH!
LONG-TERM & SHORT-TERM GOAL
Ini bukan sahaja merujuk kepada bidang bisnes sahaja, malah dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, goal adalah perkara utama untuk kita sentiasa bersemangat dan untuk memjadi kayu ukur bagi setiap pencapaian kita dalam tempoh masa tertentu.
Kalau tiada goal, maka agak susah untuk kita fokus dan rekod setiap pencapaian kita. Jadi sebab itulah penting untuk kita senaraikan goal yang ingin kita capai bagi tempoh 3 bulan, 6 bulan, setahun dan 3 tahun bisnes dijalankan.
PILIH JENIS PRODUK
Produk. Ya, produk. Bahan utama sesuatu perniagaan, semestinya perlu penelitian yang lebih berbanding hal-hal lain. Jika tersalah pilih produk, halatuju bisnes juga mungkin tersalah jalan.
Oleh itu, pilihlah produk yang bersesuaia. Pilihlah produk yang anda yakin boleh jalankan bisnes produk tersebut dengan sebaik mungkin.
Apabila nak pilih produk untuk dijual online, pastikan ia memenuhi kriteria dibawah:
- Pastikan produk dah berada di pasaran sekurang-kurangnya setahun.
- Mempunyai testimoni yang banyak.
- Sering nampak iklan keluar.
- Ramai agent menjual produk yang sama.
- Mempunyai support sistem yang padu dari HQ
- Margin untung sekurang-kurangnya RM 30.
- Rajin keluarkan content dan marketing material untuk agent.
PENUHKAN ILMU MARKETING ONLINE
Mahu atau tidak, anda baru nak mula buat bisnes online, dan kemungkinan besar, anda tak mampu untuk upah orang buatkan marketing dan sales untuk anda.
Jika itu situasinya, maka anda perlu mula belajar ilmu-ilmu yang berkait dengan pemasaran dan jualan. Dan anda perlu lakukan semua itu secara bersendirian.
In fact, hampir semua usahawan berjaya dalam dunia, akan mulakan perjalanan mereka dengan menguasai ilmu tersebut.
RANCANG STRATEGI BISNES
“If you fail to plan, you plan to fail.”
Jika anda tiada buat perancangan, dan mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku, maka apa yang harapkan sebenarnya adalah kegagalan.
Dalam apa jua bidang pun kita mesti ada plan. Ini termasuklah dalam bisnes.
Kalau takde plan macam mana kita nak pastikan apa yang kita boleh capai apa matlamat yang kita tetapkan awal-awal tadi.
Lets say, anda dah set matlamat untuk ada 1000 followers FB pada akhir bulan ini.
Maka, dalam plan tersebut anda perlu senaraikan strategi dan taktik yang bersesuaian untuk capai target tersebut.
Contohnya, mungkin antara plan yang anda boleh buat untuk dapat 1000 followers adalah:
Post content sehari sekali di Page & Profile
Add 100 orang baru sehari di FB
Engage dengan 100 orang sehari di FB
Dan pelbagai lagi
Seterusnya, apa anda perlu buat adalah paksa diri anda untuk ikut plan tersebut, tanpa gagal.
Lepas dah ikut, pastikan selalu review action dan plan anda supaya apa yang anda buat meninggalkan kesan positif pada bisnes atau sebaliknya.
Jika tiada kesan positif berlaku, buat plan yang baru terus.
Mudah kan?
Kesimpulan,
Mula buat sesuatu dan rancang. Jangan terlalu banyak berfikir sampai jadi perfectionist. Sebab makin lama anda bertangguh, makin lama masa diambil untuk keluar dari masalah kewangan sekarang.
Anda zero. Saya faham. Tapi semua orang bermula dari tempat anda sekarang.
Tetapkan matlamat dan keazaman untuk buat hari ini.
Jangan terpengaruh dengan orang-orang yang menunjukkan kemewahan dan kejayaan mereka berbisnes di media sosial. Kerana lambat alun anda juga akan mencapai kejayaan yang sama.
Yang penting, sikap ingin belajar harus terus diterapkan.
Ada apa-apa nak tanya, just drop it di ruangan komen okay?
Babai, korang!