5 Tips Nama Bisnes yang Menarik

nama bisnes yang menarik

Nama bisnes adalah perkara penting apabila anda ingin membina perniagaan. Hal ini kerana, apabila bisnes semakin berkembang hal pertama yang dicari oleh para pelanggan adalah nama bisnes. Jadi, pilihlah jenama bisnes yang baik untuk perniagaan anda.

Selain itu, pilihlah juga nama yang membawa maksud yang baik-baik. Nama yang membawa rezeki, nama-nama yang disyorkan oleh Islam.

Akan tetapi, jika anda ingin mencari nama yang unik dan menarik, maka pilihlah nama yang mjdah disebut dan mudah untuk diingati. Hal ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari anda di media sosial dan juga di website.

 

EHH, BUKAN TU JE!

 

Nama bisnes ataupun nama syarikat juga perlu mencerminkan perniagaan anda. Anda juga perlu memastikan nama bisnes anda lebih mudah diingati berbanding nama bisnes pesaing anda. Jadi, memilih nama bisnes yang bagus adalah sangat penting.

Kandungan Konten

Berikut adalah 5 tips dalam memilih nama syarikat yang menarik:

  1. NAMA PENDEK DAN PADAT

Nama syarikat yang pendek sangat mudah diingati. Sebaiknya nama syarikat menggunakan satu hingga dua perkataan sahaja. Kita boleh lihat syarikat-syarikat gergasi seperti Apple, Huawei, Tesla, Netflix menggunakan nama singkat bagi memudahkan orang ramai mengingati mereka. Anda boleh cuba mencari nama singkat tapi sesuai dengan anda untuk didaftarkan sebagai nama syarikat.

  1. KESESUAIAN

Nama syarikat perlu berkaitan dan mengambarkan perniagaan yang dijalankan. Ianya amat penting bagi mengelakkan kekeliruan pelanggan kelak. Contohnya, nama syarikat anda Aida Katering tetapi anda meniaga produk kecantikan.

  1. INDUSTRI PERNIAGAAN

Disarankan untuk anda meletakkan nama syarikat anda yang ada berkaitan dengan industri peniagaan yang anda ceburi. Sebagai contoh, Restoran Pelita Nasi Kandar merupakan perniagaan dalam industri makanan dan nama meraka melambangkan perniagaan nasi kandar yang mereka pelopori. Apabila meletakkan nama yang jelas, mudah pelanggan untuk mengetahui tawaran yang diberikan oleh syarikat anda.

  1. JELAS DAN TIDAK MENGELIRUKAN

Seringkali semasa ingin mencari nama syarikat, kita memilih nama-nama yang terlampau canggih sehingga boleh menimbulkan kekeliruan. Ini sering terjadi apabila kita mengabungkan nama atau mencipta akronim yang kita sendiri yang faham maknanya. Berhati-hati semasa mencipta nama tersebut supaya ianya tidak menimbulkan maksud yang tidak diingini atau sama dengan syarikat yang sedia ada.

  1. KREATIF

Nama syarikat yang unik pasti akan sentiasa diingati oleh pelanggan. Maka anda perlu kreatif dalam mencari nama syarikat anda. Antara cadangannya ialah dengan menggunakan perkataan bahasa lain untuk dijadikan nama syarikat anda. Sebagai contoh, Bonita merupakan bahasa Portugis yang membawa maksud cantik. Pastikan nama yang dipilih itu tidak membawa maksud tidak elok atau negatif.

KESIMPULAN

Pilihlah nama yang baik untuk bisnes korang ! Pastikan tidak melibatkan atau berkait dengan mana-mana agensi ataupun pihak ketiga!

Baiklah, kalau ada apa-apa persoalan, jangan lupa tinggalkan diruangan komen!

Admin akan reply sepantas kilat!

Hehe

Babai korang!

SHARE THIS ARTICLE