5 Iklan Raya Terbaik 2024
Setiap kali musim perayaan Hari Raya, tak sah kalau takde iklan raya dari macam-macam brand. Memanglah, pelbagai jenis cerita ditampilkan, dengan lakonan artis favourite lagi. Tapi lately, rasa macam iklan raya dah jadi berlebihan.
Macam-macam brand sekali nak masuk bertubi-tubi. Ada iklan yang kreatif dan buat kita tergelak, tapi banyak jugak yang rasa macam takde kena mengena dengan Raya langsung. Pastu yang lagi buat pening, jalan cerita kita tak boleh nak brain!
Hakikatnya, kita faham yang company kena promote brand diorang. Tapi takkanlah sampai kena bombard kita dengan iklan yang separuh masak.
Lagipun, kadang-kadang mesej yang iklan cuba sampaikan tu pun tak berapa clear. Penat tengok lakonan yang panjang lebar, pastu mesej yang cuba disampaikan hanya sekali imbas je.
Mana iklan raya yang betul-betul buat kita rasa Raya?
Iklan raya yang terbaik tak perlu over. Cukup bagi penonton rasa nostalgia, rasa happy, rasa semangat nak menyambut Raya. Iklan yang simple, tapi tinggalkan kesan dekat hati penonton, itulah iklan yang best.
Contohnya, iklan raya dulu-dulu. Takde special effect yang berlebihan, takde artis popular pun. Cuma family gathering biasa-biasa, tapi somehow buat kita rasa tercuit hati. Mungkin sebab iklan dulu lebih genuine, lebih dekat dengan realiti masyarakat kita.
Berikut adalah iklan raya terbaik sepanjang 2024 mengikut pendapat kami.
Iklan raya – RHB Raya 2024 | Lembaran Baharu
RHB memaparkan sebuah kisah benar yg diceritakan oleh seorang peguam hebat Dato Ahmad Zaharil Muhaiyar yg sentiasa membantu mereka yg dalam kesusahan.
Iklan Raya Elrah Exclusive 2024 – Tak Pernah Suka Mak
Raya 2024 | A Raya A.I.dilfitri Ad | Julie’s Biscuits
A team enlists the help of A.I. to create their next Raya film, but end up generating a lot more than they bargained for.
#WatsonsRaya2024 – Dimensi Raya Paling Unik
Saksikan filem #WatsonsRaya2024 #WatsonsMalaysia yang amat dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia, Dimensi Raya Paling Unik, yang menampilkan barisan selebriti popular tanah air: Ayda Jebat, Nadhir Nasar , Sabri Yunus, Angeline Tan, Ropie, Catriona Ros, Nazrudin Rahman, dan COEX! ✨ #KakiWatsons pernah terbayang tak, bagaimana jika tahun ini kita beraya di dimensi yang lain? 🌙🌀 Beraya dengan keluarga yang macam sama tapi tak sama? 😵💫 Macam mana tu? 😱 Kenalah tengok! 🤭
Iklan Raya 2024 PPZ – Drama King Raya
Mempersembahkan iklan raya PPZ tahun 2024, Drama King Raya. Saksikan gelagat Samad yang saban tahun mengelat untuk tunaikan zakat. Sekarang kan dah MUDAH tunai zakat. Online je!
Bagi brand yang tengah fikir nak buat iklan raya tahun depan, here’s a thought:
Sebelum buat iklan raya yang macam-macam, fikir dulu betul-betul. Iklan tu nak bagi apa mesej? Mesej tu sampai tak dekat audience? Pastu, iklan tu sesuai ke dengan tema Raya?
Kalau buat iklan yang bersesuaian, sure kita semua tak rasa pening kepala tengok iklan raya lagi. Sebaliknya, kita semua boleh enjoy iklan raya sambil tunggu Raya bersama family tersayang.